Polis Israel, warga Palestin bertempur di Aidil Adha


Polis melancarkan bom amaran apabila bantahan dari warga Palestin semakin meningkat di kompleks Masjid Al-Aqsa, yang turut diimani di kalangan penganut Yahudi sebagai tempat suci mereka. – Gambar AFP, 11 Ogos, 2019.

POLIS Israel dan pengunjung masjid di Palestin bertempur di kawasan suci Jerusalem pada hari Ahad ketika cuti penganut Yahudi dan Islam bertindih menyebabkan ketegangan berlaku, lapor media.

Polis melancarkan bom amaran apabila bantahan dari warga Palestin semakin meningkat di kompleks Masjid Al-Aqsa, yang turut diimani di kalangan penganut Yahudi sebagai tempat suci mereka.

Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan kecederaan tanpa menyatakan angka sebenar.

Hari Ahad merupakan hari percutian penganut Islam sempena Hari Raya Aidil Adha dan ribuan rakyat Palestin berdoa di masjid itu.

Hari tersebut turut bertepatan dengan cuti peristiwa Yahudi, Tisha B’av, yang kebiasaannya akan menyaksikan peningkatan pengunjung dari kalangan penganut Yahudi.

Dalam usaha meredakan ketegangan, polis menghalang kunjungan orang Yahudi ke kawasan itu pada hari Ahad namun pengunjung Palestin ragu jika mereka tidak dibenarkan masuk. 

Ekoran itu, sebahagian pengunjung mengadakan bantahan di sana. Pertempuran di antara polis dan pengunjung Islam berlaku setelah itu.

Kawasan tersebut merangkumi Masjid Al-Aqsa dan Batu Suci, ia merupakan salah satu tempat yang paling sensitif dalam konflik Israel-Palestin. – AFP, 11 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen