Korea Utara lancar ujian senjata baharu


Gambar disiarkan KCNA, Kim Jong Un menyelia ujian senjata baharu bersama pegawainya semalam. Ujian kelima dalam tempoh dua minggu. – Gambar AFP, 11 Ogos, 2019.

PEMIMPIN Korea Utara Kim Jong Un menyelia ujian “senjata baharu”, lapor media tempatan, dalam siri terbaru pelancaran senjata di mana Presiden Donald Trump berkata ia tidak menjejaskan rundingan nuklear Washington dan Pyongyang.

Laporan Korean Central News Agency menyiarkan komen Trump berkenaan Kim sedia bertemu sebaik saja eksais ketenteraan AS-Korea Selatan tamat dan memohon maaf atas ujian senjata.

Senjata yang dilancarkan semalam adalah ujian kelima dilakukan Korea Utara dalam tempoh dua minggu sebagai tanda bantahan terhadap eksais ketenteraan tahunan di antara Seoul dan Washington, yang mencetuskan kemarahan Pyongyang.

Pegawai pertahanan di Seoul berkata Pyongyang melepaskan tembakan dua peluru berpandu balistik jarak dekat semalam, 400 km sebelum ia jatuh ke dalam laut antara semenanjung Korea dan Jepun.

KCNA menyiarkan spesifikasi teknikal tetapi berkata ia adalah senjata baharu yang dibangunkan untuk kesesuaian keadaan tanah di negara itu.

Akhbar rasmi Rodong Sinmun menyiarkan beberapa gambar menunjukkan Kim tersenyum lebar dikelilingi pegawainya ketika menyelia ujian itu.

Penyelidik di Institut bagi Kajian Timur, Kim Dong-yub berkata senjata itu mungkin peluru berpandu balistik jarak dekat yang baharu dan sebahagian daripada usaha Pyongyang memodenkan kemampuan ketenteraannya.

Senjata itu versi Korea Utara dengan kos lebih rendah, sistem balasan berkecekapan tinggi. – AFP, 11 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen