Gempa 5.3 skala Richter gegar Sumatera


Satu lagi kejadian gempa bumi berlaku jam 9.11 pagi waktu Indonesia barat di Sumatera, susulan gempa berukuran 5.3 pada skala Richter pada jam 4.11 pagi tadi. – Gambar EPA, 11 Ogos, 2019.

DUA gempa bumi berukuran melebihi 5 skala Richter menggegarkan Pulau Sumatera, Indonesia pada pagi Aidiladha.

Gempa berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku jam 9.11 pagi waktu Indonesia barat, berpusat di kilometer 222 Tenggara Enggano-Bengkulu.

Ia susulan gempa berukuran 5.3 pada skala Richter yang berlaku 4.11 pagi tadi, berpusat di kilometer 93 barat daya Pariaman-Sumatera Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), kedua-dua gempa itu tidak berpotensi tsunami.

Gempa itu turut menggegarkan kawasan Padang, Bukit Tinggi, Mentawai dan Pesisir Selatan.

Setakat ini tiada laporan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa. – Bernama, 11 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen