Rakyat Malaysia sambut Aidiladha di Kedutaan Malaysia di Jakarta


Rakyat Malaysia di Indonesia berkumpul di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hari ini, dan turut serta melakukan ibadat korban, empat lembu dan sembilan kambing. – Gambar AFP, 11 Ogos, 2019.

RAKYAT Malaysia di Indonesia berkumpul di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hari ini, bersilaturahim, meraikan sambutan Aidiladha di perantauan.

Lebih 500 warga Malaysia terdiri daripada petugas kedutaan dan keluarga, pelajar dan warga Malaysia di sini, berkumpul di kedutaan bagi merayakan sambutan Aidiladha bersama Duta Besar Malaysia ke Indonesia Zainal Abidin Bakar.

Terdahulu, mereka menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan Atase Agama Muhammad Naqzrul Azraf Mhd Nazarludin, yang turut menyampaikan khutbah raya.

Zainal Abidin dan warga Malaysia kemudiannya turut bergotong royong dalam majlis korban yang diadakan di premis kedutaan itu.

Sebanyak empat lembu dan sembilan kambing dikorbankan. – Bernama, 11 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen