Perniagaan di Sabah bakal terjejas tanpa pekerja warga asing


Jason Santos

Warga asing di Sabah antara penyumbang terbesar kepada ekonomi kepenggunaan dan penting untuk perniagaan di negeri itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Ogos, 2019.

PERNIAGAAN di Sabah lebih suka mengambil pekerja daripada kalangan pendatang asing kerana mereka sanggup bekerja dalam tempoh lama dengan gaji yang rendah, kata pemilik perniagaan.

Mereka berkata biasanya kerja yang dilakukan pendatang asing itu tidak digemari oleh penduduk tempatan kerana kerjanya meletihkan dan waktu kerja yang panjang.

Presiden Persatuan Majikan Sabah Yap Cheen Boon berkata penghantaran pulang pendatang asing akan memberi kesan kepada industri di negeri itu.

“Pada masa ini ekonomi Sabah didominasi oleh sumber asli; perladangan salah satu daripadanya, di mana ia memerlukan buruh.

“Tidak ramai penduduk tempatan mahu bekerja di situ, jadi pasti akan berlaku kekurangan buruh warga asing.

“Isu pengangguran belia tempatan tidak boleh menyalahkan sepenuhnya kepada warga asing yang mengambil peluang pekerjaan mereka. Ini kerana kebanyakan kerja itu berkemahiran rendah, gaji sedikit.

“Ada hubung kaitnya, tetapi tidak secara langsung dan keseluruhan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Lebih pun, Yap berkata pekerja warga asing di negeri itu penyumbang terbesar kepada ekonomi kepenggunaan dan penting untuk perniagaan Sabah juga.

Pemilik kedai kopi Cina di Kota Kinabalu yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata dia lebih suka mengambil pekerja warga asing yang sanggup bekerja lebih masa dengan gaji rendah.

“Kami buka kedai kopi 12 jam. Kami sediakan makanan halal untuk mereka dan ada yang memilih duduk di kuarters yang kami berikan.

“Seperti kebanyakan majikan, kami juga bayar mereka mengikut gaji minimum,” kata Lim, menambah sebelum ini dia menggunakan pekerja tempatan tetapi mereka tidak dapat bekerja tempoh 12 jam. – 11 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen