Imbasan kes SRC International: Ada unsur autokratik di bawah Najib


Bede Hong

Bekas menteri berusia 67 tahun itu berkata tidak seperti entiti kerajaan lain, Najib dilihat mengambil peranan secara langsung dalam 1MDB dan SRC International. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Ogos, 2019.

PADA minggu ke-13 perbicaraan kes SRC International melibatkan Najib Razak, bekas menteri kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah menyifatkan entiti kerajaan itu mempunyai ‘elemen autokratik’ di bawah pemerintahan bekas perdana menteri itu yang berulang kali mengabaikan amaran fiskal dan moral.

Husni yang berkhidmat dalam Kabinet dari 2009 hingga 2016, berkata kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau dihalang untuk terlibat secara rasmi dengan urusan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan bekas anak syarikatnya, SRC International.

Bekas menteri berusia 67 tahun itu berkata tidak seperti entiti kerajaan lain, Najib dilihat mengambil peranan secara langsung dalam 1MDB dan SRC International.
 
Husni berkata beliau membantah peranan Najib dalam 1MDB dan SRC International sebanyak dua kali selain permintaannya terhadap dokumen syarikat itu dan pelaburannya turut dinafikan.

“Terdapat unsur autokratik dalam SRC International, perniagaan dan hala tujunya,” katanya kepada mahkamah.

Dilayan seperti budak pejabat

Husni berkata beliau memberitahu Najib pada 2009 tentang bantahannya terhadap kerjasama 1MDB-PetroSaudi International Ltd kerana 1MDB tidak mempunyai kepakaran dalam bidang minyak dan gas.

Najib didakwa membalas, “Anda jangan bimbang, bermula hari ini, saya tidak mahu anda campur tangan dalam 1MDB.”

Saksi itu juga berkata jaminan kerajaan untuk mendapatkan pinjaman pertama RM2 bilion sepatutnya perlu melaluinya mengikut kapasiti rasminya sebagai menteri kewangan kedua.

“Mengapa tidak? Itu yang saya katakan, saya hanya seperti budak pejabat apabila keputusan dibuat,” kata Husni.

Husni berkata beliau turut berdepan kesukaran untuk mendapatkan maklumat daripada pegawai SRC International terutamanya daripada Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nik Faisal Ariff Kamil.

“Kenapa saya berkata begitu? Kerana gabenor Bank Negara juga datang jumpa saya sedangkan kedudukan beliau lebih tinggi daripada CEO SRC,” katanya kepada mahkamah. – 11 Ogos, 2019.

 Berita penuh di sini. 
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen