5 pakar Rusia maut dalam ujian peluru berpandu 


LIMA pakar Perbadanan Tenaga Atom Rusia (Rosatom) dan Kementerian Pertahanan maut dalam satu kemalangan yang berlaku di sebuah tapak ujian tentera dalam Wilayah Arkhangelsk.

Rosatom sebelum ini berkata lima petugasnya maut semasa satu ujian dijalankan yang membabitkan enjin roket menggunakan pendorong cecair.

Kementerian Pertahanan berkata dua orang maut ketika nahas itu berlaku pada Khamis dan tiga lagi mangsa maut beberapa hari kemudian akibat kecederaan yang dialami.

Dalam satu kenyataan, Rosatom berkata kejadian itu turut menyebabkan tiga lagi mangsa cedera.

Jelasnya kesemua mangsa yang terlibat merjupakan pakar dalam sokongan teknikal dan kejuruteraan bagi enjin misil.

Bagaimanapun pihak tentera tidak menyatakan sama ada insiden itu melibatkan bahan nuklear.

Pihak berkuasa menyiarkan sedikit butiran mengenai insiden itu yang didakwa berpunca akibat penggunaan secara berlebihan bahan letupan.

Tetapi kemudiannya pihak tentera menarik semula maklumat tersebut. – AFP, 10 Ogos, 2019.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen