Korea Utara lancar 2 lagi peluru berpandu


Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan berkata peluru berpandu itu dilancarkan berhampiran timur laut bandar Hamhung. – Gambar EPA, 10 Ogos, 2019.

KOREA Utara pada Sabtu (waktu tempatan) melancarkan dua lagi peluru berpandu yang tidak dapat dikenal pasti ke arah Laut Timur, lapor agensi berita China memetik laporan agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Yonhap melaporkan bahawa Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan berkata peluru berpandu itu dilancarkan berhampiran timur laut bandar Hamhung.

JCS berkata pihak tentera kini memantau situasi itu untuk melihat sama ada terdapat pelancaran tambahan dan pada masa sama, bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan. – Bernama, 10 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen