Lelaki didakwa miliki bahan buat bom


SEORANG lelaki Las Vegas didakwa kerana memiliki bahan membuat bom dan merancang serangan termasuk di tempat beribadat, kata pendakwa raya semalam.

Conor Climo, 23, dituduh di mahkamah persekutuan di Nevada Amerika Syarikat (AS) selepas agen FBI memantau perbualannya dalam talian dengan “organisasi ekstremis” yang komited mengejar matlamat mereka “melalui keganasan dan tindakan keganasan lain”, kata pejabat peguam AS dalam satu kenyataan.

Menurut aduan jenayah tersebut, mereka berbincang untuk membuat bahan letupan dan menyasarkan pusat ibadat serta menjalankan pengawasan di bar gay.

Climo ditahan pada Khamis. Pihak berkuasa merampas buku nota yang mengandungi rancangan ditulis dengan tulisan tangan.

Sasaran letupan adalah di kawasan Las Vegas dan di dalam buku nota itu juga mengandungi lukisan bom jangka.

“Ancaman kekerasan yang didorong oleh kebencian dan bertujuan menakut-nakutkan atau memaksa golongan LGBTQ berubah tidak mempunyai tempat di negara ini,” kata pendakwa raya Nicholas Trutanich.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Climo boleh berdepan penalti 10 tahun penjara dan denda $250,000. – AFP, 10 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen