HAMPIR sejuta orang terjejas apabila gangguan bekalan elektrik berlaku selama beberapa jam di seluruh kawasan England dan Wales semalam termasuk sebahagian London.
Gangguan bekalan elektrik itu juga menganggu sistem pengangkutan ketika waktu puncak.
National Grid berkata, masalah dua penjana kuasa elektrik menyebabkan bekalan itu terputus.
“Petang ini kami berdepan situasi luar jangkaan apabila dua penjana kuasa yang disambung kepada sistem penghantaran GB berdepan masalah menyebabkan berlaku gangguan bekalan elektrik,” tulis National Grid di Twitter.
Bekalan elektrik pulih sekitar jam 6.30 petang dan kini beroperasi seperti biasa.
Tetapi gangguan bekalan elektrik itu telah menyebabkan rangkaian tren di Britain tertangguh dan sebahagiannya dibatalkan.
Gangguan bekalan elektrik itu juga menjejaskan operasi lampu isyarat di London.
Lalu lintas udara juga terganggu di Lapangan Terbang Newcastle.
Difahamkan hampir sejuta orang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik itu termasuk 300,000 orang di London dan tenggara England sementara 500,000 orang di Midlands barat daya England dan Wales. Sekitar 110,000 orang terjejas di Yorkshire dan timur laut England.
National Grid telah diminta untuk menyediakan laporan terperinci mengenai kejadian itu. – AFP, 10 Ogos, 2019.
Komen