SERAMAI 10 pelaut Turki di kapal kargo yang diculik “lanun” di pantai Nigeria bulan lepas telah dibebaskan, lapor agensi berita Turki Anadolu semalam.
Anadolu berkata, kesemua pelaut berkenaan berada dalam keadaan baik dan telah diculik oleh lelaki bersenjata yang menyerang kapal kargo Paksoy-1 yang dikendalikan oleh syarikat pelayaran Kadioglu Denizcilik.
Tiada butiran lengkap diperoleh selepas mereka dibebaskan.
Kenyataan syarikat yang dipetik oleh media Turki bulan lalu berkata, kapal itu diserang oleh lanun ketika dalam perjalanan dari Cameroon ke Ivory Coast.
Kebiasaannya lanun menculik pelayar untuk dijadikan tebusan.
Nigeria melaporkan sebanyak 14 serangan lanun berlaku pada suku pertama 2019 berbanding sebanyak 22 serangan dalam tempoh sama pada 2018.
Laporan Biro Maritim Antarabangsa (IMB) pada April menyifatkan kekurangan usaha tentera laut Nigeria menyebabkan tindakan balas aktif dibuat terhadap insiden yang dilaporkan dengan bot rondaan dihantar bagi menyelamatkan pelaut berkenaan. – AFP, 10 Ogos, 2019.
Komen