KELANTAN mempunyai kuil, gereja dan tempat suci untuk orang bukan Islam beribadat secara bebas tetapi kerajaan PAS mengenakan cukai kepada mereka apabila mengamalkan ajaran Islam konservatif terhadap komuniti dan orang Islam.
Orang bukan Islam boleh makan daging khinzir dan mengambil alkohol tetapi kakitangan wanita beragama Islam yang tidak menutup aurat akan dikenakan denda.
Ini gambaran kompleks bagaimana PAS melayan orang bukan Islam selepas memerintah negeri hampir tiga dekad.
Layanan PAS terhadap bukan Islam di Kelantan adalah penting kerana parti itu berulang kali cuba membuktikan masyarakat minoriti agama tidak perlu risau apabila PAS menakluk Persekutuan.
Kini setelah PAS bekerjasama dengan Umno untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), parti Islam itu dilihat semakin hampir untuk memenangi kuasa Persekutuan.
Rakyat bukan Islam di Kelantan memberitahu The Malaysian Insight bahawa walaupun PAS secara umumnya melayan mereka dengan baik dan memberikan hak mereka, ini bukanlah jaminan parti Islam itu akan melakukan hal yang sama apabila memerintah Persekutuan.
“Sama seperti Pakatan Harapan. PH berjanji akan melakukan semua perkara tetapi apabila membentuk kerajaan, mereka tidak mengotakan janji-janji yang dibuat,” kata pemimpin masyarakat Hindu Kelantan N Subramaniam.
“PAS melayan masyarakat Hindu dan bukan Islam di Kelantan dengan baik. Tak ada masalah,” katanya yang mengetuai jawatankuasa menguruskan kuil Arulmigu Subramaniyar Siva di Jalan Hamzah di Kota Bharu, Kelantan.
Malah bekas Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meluluskan pembinaan kuil berkenaan apabila kerajaan Barisan Nasional sebelum itu tidak memberikan sebarang kelulusan.
Chua Chin Hui yang mengendalikan foodcourt yang menjual minuman beralkohol dan makanan tidak halal di Kebun Sultan, Kota Bharu menyangkal satu lagi dakwaan PAS bahawa pelaksanaannya tidak memberi kesan kepada bukan Islam.
Dia mendakwa pemilik perniagaan Cina terpaksa menyelesaikan denda yang belum dibayar kakitangan wanita Islam yang ditangkap kerana tidak berpakaian menutup aurat.
“Mereka tidak akan dapat memperbaharui lesen perniagaan jika denda ini tidak dibayar. Jadi mereka perlu bayar.
“Jadi bagaimana PAS boleh mengatakan bahawa bukan Islam tidak terjejas oleh pentadbiran Islamik mereka?” katanya. – 10 Ogos, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen