PANTAI, sebuah bandar kecil dan tenang di pinggir bandar Seremban di Negeri Sembilan, terkenal dengan eko resortnya.
Tetapi pada minggu lalu, bandar ini menjadi tajuk berita susulan kehilangan remaja Britain Nora Quoirin pada 4 Ogos.
Remaja perempuan berusia 15 tahun itu hilang dari The Dusun, satu daripada sembilan resort mewah yang terletak di hutan Gunung Berembun.
Terletak di kaki bukit adalah penempatan Orang Asli suku Temuan, yang dikenali sebagai Kampung Kolam Air.
Terdapat kira-kira 100 kampung dalam komuniti di pinggir pekan kecil ini dengan populasi kira-kira 4,000 orang.
Terletak kira-kira 60km dari Kuala Lumpur, pusat percutian mewah ini menjana aktiviti ekonomi bagi penduduk di sini dengan mengambil upah sebagai tukang cuci dan pembantu rumah.
Umie yang merupakan pekerja resort, memberitahu The Malaysian Insight bahawa penduduk Orang Asli yang keciciran sekolah selepas sekolah rendah mereka, termasuk dirinya, mendapat pekerjaan yang baik di resort ini.
“Tempat peranginan ini merupakan sumber pendapatan bagi kebanyakan Orang Asli yang tidak bersekolah,” kata Umie.
“Bagi yang di bawah umur, mereka tidak boleh mendapatkan pekerjaan di kilang di bandar (Pantai).”
Ibu tunggal, yang membesarkan tiga anaknya sendiri selepas kematian suaminya berkata bekerja di resort itu membolehkannya mencari sumber pendapatan dan meneruskan kelangsungan hidup.
“Selasa bekerja di sini. Kami jiat minyak dan waktu kerja tidak terlalu ketat,” katanya.
Roziah Ngongok, yang bekerja di sebuah resort di sebelah The Dusun berkata aktiviti utama di kawasan itu adalah menyusuri hutan atau jungle trekking.

Kehilangan yang membingungkan
Kehilangan Nora membingungkan ramai penduduk kampung, dengan ramai yang mengatakan ini adalah kali pertama orang hilang di kawasan itu selama hampir seminggu tanpa sebarang kesan.
Lebih 200 komando elit, polis dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat, juru pandu Orang Asli dan penduduk setempat masih mencari di hutan untuk mencari remaja itu.
Polis juga menggunakan dron dilengkapi alat pengesan haba dan rakaman suara ibu Nora untuk menariknya keluar dari hutan hujan Jeram Toi.
“Biasanya yang hilang adalah pengembara hutan. Kadang-kala, mereka terpisah daripada kumpulan,” kata Rohaizah.
Insiden terakhir berlaku pada Mei, apabila seorang warga asing hilang ketika masuk ke hutan. Beliau ditemui dua hari kemudian.
Ali, seorang penduduk kampung selama 56 tahun, berkata walaupun berlaku kejadian orang hilang, tiada kes terdahulu yang misteri seperti Nora.
“Terdapat kira-kira tiga atau empat kejadian dalam beberapa tahun kebelakangan, tetapi semuanya dijumpai.” – 10 Ogos, 2019.
Berita penuh di sini.

Komen