TIGA pemberontak berhaluan kiri dan seorang anggota tentera kerajaan maut dalam satu pertempuran di Filipina tengah, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak tentera pada Jumaat.
Tentera Filipina berkata dua anggota lain turut cedera dalam pertempuran yang berlanjutan selama 30 minit antara tentera kerajaan dan kira-kira 20 gerila Tentera Rakyat Baharu (NPA) yang meletus pada kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan pada Khamis di sebuah perkampungan kecil di Bandar Himamaylan dalam wilayah Negros Occidental.
Menurut laporan itu, tentera kerajaan menemui pelbagai jenis senjata api dan peluru di lokasi pertempuran.
NPA adalah sayap bersenjata Parti Komunis Filipina (CPP). Sejak tahun 1980-an, kerajaan telah berusaha mencapai kata sepakat dengan pemberontak komunis namun gagal mencapai satu persetujuan secara formal.
NPA telah melancarkan pemberontakan sejak tahun 1960-an. – Bernama, 9 Ogos, 2019.
Komen