Tukar sampah untuk tiket bas di Surabaya


Program tukar botol plastik kepada tiket yang dilaksanakan di Surabaya yang berpenduduk 2.9 juta orang itu mendapat sambutan menggalakkan. – Gambar EPA, 9 Ogos, 2019.

BERPULUH orang beratur orang panjang di sebuah setesen bas di Surabaya, Indonesia bersama beg berisi botol-botol plastik untuk ditukarkan dengan tiket bas.

Indonesia negara kedua di belakang China menjadi penyumbang pencemaran laut terbesar di dunia, berikrar untuk mengurangkan sisa plastik di laut kepada 70 peratus pada 2025. Ia dilakukan melalui kitar semula, meningkatkan kesedaran orang ramai dan mengurangkan penggunaan plastik.

Program tukar botol plastik kepada tiket yang dilaksanakan di negeri berpenduduk 2.9 juta orang itu mendapat sambutan menggalakkan. Hampir 16,000 penumpang bas menukar sampah untuk tiket setiap minggu, kata pihak berkuasa.

“Ini penyelesaian yang bijak. Murah dan daripada dibuang orang ramai sekarang mengumpul botol plastik untuk dibawa ke sini,” kata seorang penduduk, Fransiska Nugrahepi.

Bagi tiket perjalanan tanpa henti yang memakan masa sejam, setiap penumpang akan menukar tiga botol plastik bersaiz besar, lima botol saiz sederhana dan 10 cawan plastik. Dengan syarat, semua botol perlu dicuci terlebih dahulu dan tidak dikemekkan.

Pegawai jabatan pengangkutan Surabaya Franki Yuanus berkata selain bertujuan untuk mengurangkan sampah, program itu juga untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. – AFP, 9 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen