Atlet sukan luncur ais Korea Selatan digantung setahun


Peluncur ais jarak dekat Korea Selatan Lim Hyo-jun digantung menyertai mana-mana pertandingan selama setahun berhubung gangguan seksual terhadap seorang atlet lelaki. – Gambar AFP, 9 Ogos, 2019.

PELUNCUR ais jarak dekat Korea Selatan Lim Hyo-jun digantung menyertai mana-mana kejohanan selama setahun berhubung gangguan seksual terhadap seorang atlet lelaki, kata pegawai hari ini.

Lim, 23, menang pingat emas acara 1500m pecut luncur ais jarak dekat pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di PyeongChang. Dia juga memperoleh pingat gangsa bagi acara 500m.

Menurut Kesatuan Peluncur Korea (KSU), Lim dituduh menanggalkan seluar mangsa di hadapan rakan sepasukan di pusat latihan nasional.

“Lim dilarang menyertai mana-mana acara sehingga 7 Ogos tahun depan,” kata pegawai kesatuan itu.

KSU turut tidak membenarkan empat atlet luncur ais jarak dekat berlatih di pusat latihan nasional selama dua bulan kerana mabuk. – AFP, 9 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen