Mahkamah Turki kekalkan hukuman penjara seumur hidup 16 anggota Feto


Feto dan pemimpinnya berpangkalan di AS, Fetullah Gulen didakwa menjadi dalang rampasan kuasa yang gagal pada 15 Julai, 2016 hingga menyebabkan 251 terkorban dan hampir 2,200 cedera. – Gambar EPA, 9 Ogos, 2019.

MAHKAMAH Rayuan Agung Turki semalam mengekalkan hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhi ke atas 16 anggota Pertubuhan Pengganas Fetullah (Feto).

Feto dan pemimpinnya yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Fetullah Gulen didakwa menjadi dalang rampasan kuasa yang gagal pada 15 Julai, 2016 yang menyebabkan 251 terkorban dan hampir 2,200 cedera.

Ankara turut mendakwa Feto menjadi dalang kempen jangka panjang untuk menggulingkan kerajaan dengan menyusup ke dalam institusi Turki terutama tentera, polis dan badan kehakiman. – Bernama, 9 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen