TIGA penumpang maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas di belakang sebuah rumah di Philadelphia semalam.
Polis tempatan berkata pesawat penumpang satu enjin itu terhempas kira-kira 6 pagi waktu tempatan di Upper Moreland, Pennsylvania, 32km dari Philadelphia.
Polis dalam satu kenyataan berkata mereka menerima panggilan daripada penduduk mengenai sebuah pesawat terhempas di kawasan belakang rumahnya.
“Polis mengesahkan pesawat itu membawa tiga penumpang dan kesemuanya terbunuh,” kata polis Upper Moreland.
Menurut kenyataan itu mangsa adalah pasangan suami isteri, masing-masing berusia 60 tahun dan 54 tahun serta anak perempuan mereka berusia 19 tahun.
Sementara itu, Ketua Polis Upper Moreland Michael Murphy memberitahu wartawan, tiada penduduk di kawasan perumahan itu yang cedera.
“Serpihan pesawat terbabit dijumpai bertaburan di kawasan belakang empat rumah,” katanya pada sidang media. – AFP, 9 Ogos, 2019.
Komen