Jamal direman tiga hari


Noel Achariam

Pemimpin Baju Merah Jamal Md Yunos direman tiga hari untuk disiasat berkenaan bantahannya di luar bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor semalam. – Gambar The Malaysian Insight, 6 Oktober, 2017.

PEMIMPIN Baju Merah Jamal Md Yunos akan direman selama tiga hari mulai hari ini, kata peguamnya, Mohamad Imran Tamrin selepas prosiding di Mahkamah Shah Alam hari ini.

Jamal akan direman sehingga Ahad untuk disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan  kerana menghadiri perhimpunan haram, berkenaan bantahannya di luar bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor semalam.

Tujuh lagi individu yang berada di protes itu juga direman untuk tempoh yang sama, kata Imran.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu memecahkan botol arak sebagai sebagai membantah tindakan kerajaan negeri itu menimbang permohonan penganjuran pesta arak di Selangor.

Imran sebelum ini berkata dia akan berhujah yang protes itu bukanlah satu perhimpunan haram. Tujuh individu lain yang juga direman tidak menyertai demosntrasi itu, sebaliknya merupakan pemandu dan pengawal peribadi Jamal, kata peguam itu.

Jamal yang terkenal dengan aksi-aksi peliknya terhadap pembangkang berkata, sebarang bentuk pesta yang ada kaitan dengan arak akan merosakkan pemikiran anak-anak muda di Selangor. – 6 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen