CHINA pada Khamis menuntut diplomat Amerika Syarikat yang berpangkalan di Hong Kong untuk “menghentikan campur tangan” dalam hal ehwal di bandaraya itu, selepas terdapat laporan menyatakan mereka mengadakan pertemuan dengan aktivis pro-demokrasi, dan mencetuskan maklum balas daripada Washington.
Kementerian luar China menyatakan “ketidakpuasan hati” dengan pihak berkuasa AS, dan menyebut mengenai laporan media mengenai pertemuan antara pegawai AS dari konsulat Hong Kong mengadakan oertemuan dengan “kumpulan bebas” tempatan.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, kementerian berkenaan menggesa pejabat diplomat itu “menghentikan campur tangan dengan perusuh anti-China” dan “menghentikan campur tangan dalam hal ehwal Hong Kong”.
Akhbar Hong Kong, Takungpao melaporkan, berlaku pertemuan antara ahli politik Demosisto—termasuk aktivis demokrasi terkenal Joshua Wong dengan ketua unit politik konsulat AS di Hong Kong, Julie Eadeh.
Bercakap kepada pemberita di Washington, jurucakap Jabatan Negara, Morgan Octagus menolak dakwaan China dan mendakwa ia membocorkan butiran peribadi diplomat mereka.
“Saya tidak rasa ia sebagai bantahan rasmi, yang mana ia adalah tindakan yang dilakukan oleh rejim,” katanya. “Ini bukanlah cara negara yang bertanggungjawab.”
“Diplomat kami hanya menjalankan tugas mereka dan kami memuji kerja beliau,” tambah Ortagus.
“Ini apa yang diplomat Amerika lakukan setiap hari di seluruh dunia.” – AFP, 9 Ogos, 2019.
Komen