Pendakwa Brazil minta hakim tutup kes rogol Neymar 


Pemain bola sepak terkenal Brazil, Neymar Jr memuat naik video dan mesej WhatsApp serta gambar pertemuannya dengan Trindade untuk mempertahankan diri.– Gambar EPA, 9 Ogos, 2019.

PIHAK pendakwa di Brazil berkata mereka bersetuju dengan hasil siasatan polis bahawa tiada bukti kukuh bagi tuduhan rogol terhadap pemain bola sepak terkenal Brazil, Neymar Jr dan meminta hakim menutup kes berkenaan. 

“Apa yang berlaku sukar untuk dibuktikan, kita sudah mendapat keterangan mangsa terhadapnya,” kata pendakwa raya Flavia Merlini kepada pemberita. 

“Kami membuat keputusan untuk menutup kes ini.”

Neymar menafikan tuduhan beliau merogol seorang wanita Brazil di sebuah hotel di Paris pada Mei. Tuduhan itu turut menjadi topik hangat di media negara itu sejak beberapa minggu lalu. 

Tuduhan itu mula tersebar sejak 2 Jun lalu apabila Neymar menyiarkan video sepanjang tujuh minit di Instagram, yang mana buat pertama kalinya beliau bertemu dengan Najila Trindade yang mendakwa dirogol olehnya. 

Dalam cubaan untuk mempertahankan diri terhadap tuduhan itu, video Neymar turut diiringi mesej WhatsApp dan gambar pertemuannya dengan Trindade. – AFP, 9 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen