BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Garuda Indonesia ditahan semalam atas tuduhan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan skandal rasuah yang menyaksikan syarikat pembuat enjin Britain Rolls-Royce membayar denda sebanyak lebih AS$800 juta (RM3.3 bilion).
Penahanan Emirsyah Satar itu dilakukan selepas dua tahun beliau dinamakan sebagai suspek oleh Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) Indonesia kerana didakwa menerima sogokan daripada Rollys-Royce sebagai pertukaran pembelian pesawat dilengkapi dengan enjinnya.
Menurut agensi, Emirsyah dituduh menerima tunai sebagai RM5.7 juta dan wang tunai AS$180,000 (RM720,000) semasa dia mengetuai syarikat penerbangan itu dari 2005 hingga 2014.
KPK berkata caj itu dikaitkan dengan kontrak bernilai berbilion ringgit di mana Garuda telah membuat perjanjian dengan Rolls-Royce dan tiga pengeluar penerbangan lain – Aribus, Avions de Transport Regional (ATR) dan Bombardier dari Kanada.
Agensi anti-rasuah Indonesia berkata mereka telah merampas sebuah rumah di Jakarta sebagai sebahagian daripada siasatan sementara pihak berkuasa Singapura merampas sebuah rumah flat yang dimiliki oleh Emirsyah dan membekukan beberapa akaun banknya di negara jiran.
Melalui peguamnya Emisyah menafikan dakwaan pengubahan wang haram berkenaan.
Peguam Luhut Pangaribuan memberitahu Bloomberg News, selepas siasatan bermula beliau menyedari sebagai pekerja negeri tidak sepatutnya menerima apa-apa jadi dia mengembalikan wang berkenaan.
Pada 2017 Rolls-Royce bersetuju membayar denda AS$808 juta kepada pihak berkuasa di Britain, Amerika Syarikat dan Brazil untuk menyelesaikan rasuah dan tuntutan berkenaan.
Pejabat Britain’s Serious Fraud mendapati Rolls-Royce membayar rasuah secara besar-besaran selama tiga dekad untuk memenangi kontrak di Indonesia, Thailand, India, Rusia, Nigeria, China dan Malaysia. – AFP, 8 Ogos, 2019.
Komen