Gempa bumi 5.8 magnitud landa Turki


Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud mengegarkan barat daya Turki hari ini, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). – Gambar EPA, 8 Ogos, 2019.

GEMPA bumi berukuran 5.8 magnitud mengegarkan barat daya Turki hari ini, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran menyebabkan bangunan runtuh tetapi tiada kecederaan serius dilaporkan.

Menurut agensi kecemasan Turki, gempa pada kedalaman 7km itu berlaku di wilayah Denizli dekat pekan Bozkurt pada pukul 11.25 waktu tempatan.

“Beberapa bangunan dan rumah runtuh,” kata Datuk Bandar Bozkurt, Birsen Celik di stesen televisyen NTV.

“Tiada yang maut, juga tiada kecederaan serius.” – AFP, 8 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen