PEGUAM Najib Razak mempersoalkan kredibiliti bekas menteri kewangan kedua Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan berkata kesaksiannya tidak boleh dipercayai kerana mempunyai rasa tidak puas hati terhadap bekas perdana menteri.
Bercakap kepada pemberita, peguam utama Najib Muhammad Shafee Abdullah berkata saksi ke-56 itu marah kerana Najib telah membuat kesalahan terhadapnya pada masa lalu.
“Husni marah sebab dia dipindahkan ke kementerian lain dari kementerian kewangan. Saya fikir kenyataannya dibuat kerana marah,” katanya.
Shafee berkata Husni menyalahkan Najib sebagai dalang di sebalik dakwaan gangguan seksual terhadapnya.
“Wanita ini membuat laporan polis dan mendakwa Husni melakukan serangan seksual terhadapnya,” katanya.
Shafee berkata kenyataan Husni mengenai gangguan seksual tidak dapat dibuktikan kerana ia hanya khabar angin.
Beliau mendedahkan Husni juga berasa kecewa terhadap apa yang dikatakan Najib terhadap anaknya.
Husni memberi keterangan bahawa Najib adalah dalang serangan peribadi yang dibuat terhadapnya selepas membuat ucapan kritikal di Parlimen mengenai pengurusan 1MDB. – 8 Ogos, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen