6 kanak-kanak lemas dalam kolam di China


Enam kanak-kanak lemas dalam sebuah kolam ketika memungut sengkuang cina di wilayah tengah Henan semalam. – Gambar fail EPA, 8 Ogos, 2019.

ENAM kanak-kanak lemas dalam sebuah kolam ketika memungut sengkuang cina di wilayah tengah Henan, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pejabat penerangan tempatan pada Khamis.

Nahas itu berlaku pada pukul 7.35 malam Rabu di Kampung Liqiao dalam Daerah Luoshan. Mayat kanak-kanak malang itu ditemui pada pukul 8.16 malam, kata Li Wentian, yang merupakan ketua Parti di kampung itu.

Kanak-kanak itu berusia lingkungan 5 hingga 12 tahun, dan adalah daripada tiga keluarga.

Kanak-kanak berdepan risiko lebih tinggi untuk lemas semasa cuti sekolah pada musim panas.

Sekolah di China selalunya akan memberi amaran kepada kanak-kanak agar tidak berenang di kawasan perairan semula jadi tanpa kehadiran orang dewasa sebelum musim cuti bermula. – Bernama, 8 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen