KOKAIN bernilai berjuta dolar ditemui hanyut di pantai New Zealand semalam hingga memaksa polis menggesa orang ramai memulangkan jika menemuinya.
Petang semalam polis dikerahkan ke Pantai Bethells di Auckland Barat selepas bungkusan mengandungi dadah itu ditemui di sepanjang pantai.
“Polis tiba di lokasi dan menemui 19 bungkusan. Ujian mengesahkan ia mengandungi kokain,” kata Inspektor Colin Parmenter.
Parmenter berkata dadah itu dianggarkan bernilai NZ$23 juta (RM8.1 juta).
Media tempatan melaporkan bungkusan tersebut diletak di dalam jaring dan sudah berada lama di laut berdasarkan cengkerang yang berada dalam jaring.
“Ada kemungkinan bungkusan lain akan hanyut ke pantai dan kami minta orang ramai hubungi polis jika menemuinya,” kata Parmenter.
Kejadian sama pernah berlaku pada 2016 di mana 500kg methamphetamine bernilai BN$500 juta ditemui di sebuah pantai di utara New Zealand. – AFP, 8 Ogos, 2019.
Komen