Gunung Asama dekat Tokyo meletus


Gunung Asama dekat Tokyo meletus buat pertama kali dalam tempoh empat tahun. – Gambar AFP, 8 Ogos, 2019.

GUNUNG berapi dekat Tokyo meletus buat pertama kali dalam tempoh empat tahun, memuntahkan lahar dan asap tebal ke udara sejauh hampir 2km.

Gunung Asama yang terletak kira-kira 140km di barat laut Tokyo meletus malam tadi. Jabatan metereologi menaikkan tahap amaran ke tahap tiga  yang bermaksud orang ramai dilarang mendekati kawasan berdekatan gunung.

Jabatan itu turut memberi amaran batu-batu besar dan gas panas dari Gunung Asama boleh menjejaskan kawasan sejauh 4km dari gunung bergantung kepada tiupan angin.

Seorang pegawai berkata gas panas kelihatan di gunung itu tetapi masih di tahap “normal”.

Kali terakhir Gunung Asama meletus ialah pada Jun 2015. Tiada kecederaan dilaporkan ketika kejadian. – AFP, 8 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen