Shafee tidak tahu mengapa peguam Najib tarik diri 


Bede Hong

Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau tidak tahu mengapa beberapa peguam bekas perdana menteri Najib Razak bertindak menarik diri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Ogos, 2019.

KETUA pasukan peguam bela Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah hari ini berkata beliau tidak tahu sebab mengapa beberapa peguam memutuskan untuk menarik diri daripada pasukan peguam bekas perdana menteri.

Beliau berkata, peguam yang menarik diri itu mempunyai kepakaran berbeza dalam kes SRC International, dan menambah mereka mempunyai kontrak berasingan.

“Najib ialah anak guam. Saya tidak tahu susunan penuh. Kami bekerjasama apabila kami perlu,” kata Shafee di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, The Malaysian Insight melaporkan dua peguam kanan, termasuk bekas peguam cara negara II Mohd Yusof Zainal Abiden dan Kamarul Hisham Kamaruddin dan beberapa peguam lain menarik diri.

Peguam terbabit yang berada di pihak Yusof adalah Chong Loong Men, Devanandan S. Subramaniam dan Tiara Katrina Fuad.

The Malaysian Insight cuba mendapatkan maklum balas daripada peguam terbabit.

Najib sebelum ini mempunyai ramai peguam, yang diketuai oleh Shafee.

Ahli pasukan peguam berkenaan memberitahu The Malaysian Insight, peguam yang menarik diri itu bagaimanapun masih terlibat dalam aspek teknikal kes pembelaan untuk penyerahan akhirnya. – 8 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen