Gempa bumi 5.9 magnitud landa Taiwan


Sekurang-kurangnya empat maut, 200 cedera selepas gempa bumi 6.4 magnitud melanda timur Taiwan pada Februari tahun lalu. – Gambar fail EPA, 8 Ogos, 2019.

GEMPA bumi berukuran 5.9 magnitud melanda Taiwan hari ini, tetapi tiada laporan kerosakan diterima setakat ini.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berlaku pada 5.28 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 10km di timur laut daerah Yilan.

Bagaimanapun, biro cuaca pusat Taiwan melaporkan gempa bumi dengan kekuatan 6 magnitud.

Sementara itu, kejadian itu menyebabkan bangunan tinggi di Taipei bergoyang, hingga mengejutkan ramai penduduk yang sedang tidur.

Pada April lalu, gempa bumi dengan kekuatan 6.1 magnitud yang melanda pulau itu, mengakibatkan 17 cedera, selain menjejaskan lalu lintas dan trafik. – AFP, 8 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen