SEORANG penunjuk perasaan maut selepas dikejar polis ketika perintah berkurung di bandar utama Kashmir
Kematian itu disahkan oleh pihak polis.
Seorang pegawai polis memberitahu AFP bahawa dalam satu insiden, seorang remaja yang dikejar polis “melompat ke Sungai Jhelum sebelum ditemui mati”.
Kejadian itu berlaku di bandar lama Srinagar yang menjadi tumpuan penunjuk perasaan anti-India semasa pemberontakan selama tiga dekad di Kashmir yang menyebabkan puluhan ribu orang maut.
Seorang sumber memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya enam orang dimasukkan ke hospital di Srinagar dengan luka tembakan dan kecederaan lain.
Polis India menegaskan bahawa Kashmir yang juga dituntut oleh Pakistan telah aman sejak perintah berkurung yang dijalankan sejak tengah malam Ahad lepas. – AFP, 7 Ogos, 2019.
Komen