Pemecatan Syed Razlan, alumni UPM minta penjelasan kementerian


Noel Achariam

Alumni Universiti Putra Malaysia (UPMAA) meminta Kementerian Pendidikan memberi penjelasan berhubung pemecatan pengerusi lembaga pengarah universiti itu Syed Razlan Syed Putra Jalalullail. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Ogos, 2019.

ALUMNI Universiti Putra Malaysia (UPMAA) meminta Kementerian Pendidikan memberi penjelasan berhubung pemecatan pengerusi lembaga pengarah universiti itu Syed Razlan Syed Putra Jalalullail dan berpendapat langkah itu dibuat terlalu awal.

Presiden UPMAA Raihan Sharif berkata pihaknya mengkritik tindakan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang memendekkan tempoh jawatan dipegang Syed Razlan.

“Kami mahu pemecatannya ditarik semula dan sebarang pelantikan baharu ditangguhkan sehingga semua siasatan selesai.

“Ini untuk memastikan ketelusan dalam perkara ini. Kami juga menghantar surat kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Maszlee bagi menuntut penjelasan,” katanya ketika ditemui di pejabat UPMAA di Serdang hari ini.

Pelbagai soalan telah dibangkitkan susulan pemecatan Syed Razlan.

Surat penamatan jawatannya bertarikah 17 Julai ditandatangani oleh Maszlee. Tetapi tiada sebab diberikan kenapa tempoh jawatannya dipendekkan dan beliau diberi notis sebulan.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga UPM pada Oktober tahun lepas untuk tempoh tiga tahun dan akan digantikan oleh bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Ghauth Jasmon berkuat kuasa 19 Ogos.  – 7 Ogos, 2019.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen