Isu peralihan kuasa takutkan pelabur, kata Rafidah


Chan Kok Leong

Pelabur dan rakan kongsi perniagaan yang berpotensi tidak pasti ke mana hala tuju kita, kata Rafidah Aziz. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 7 Ogos, 2019.

ISU peralihan kuasa perdana menteri perlu dihentikan kerana ia menggusarkan pelabur asing, kata Rafidah Aziz.

“Pelabur dan rakan niaga berpotensi tidak pasti ke mana hala tuju kita.

“Jadi,  jangan bercakap tentang dua atau tiga tahun, teruskan apa yang dilaksanakan kerana dasar perlu melampaui satu tahun, dua tahun. Itu adalah dasar yang kita teruskan untuk generasi akan datang dan selepas itu.,” kata bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

“Ya, Dr Mahathir (Mohamad) dah banyak kali beritahu tak mahu teruskan sampai umur beliau 100 tahun. Dan kita pun tak minta, tetapi beliau patut teruskan dan berhenti bercakap tentang perkara ini.

“Yang penting ialah kepastian. Pelabur tanya saya tentang ini banyak kali. Dan mereka risau sama ada dasar kita ini ada kesinambungan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada forum “Faktor-Faktor Menghalang Kemajuan Ekonomi Malaysia dan Bagaimana untuk Menanganinya”.

“Kita perlukan kesinambungan untuk mentadbir, bukan? Jadi teruskan mentadbir dan sudah-sudahlah bercakap tentang peralihan kuasa.”

Rafidah berucap mengenai faktor dalaman yang menghalang perkembangan ekonomi Malaysia.

Menurut beliau meskipun isu ekonomi semasa dipengaruhi oleh faktor luaran seperti perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, tetapi ia turut dipengaruhi isu domestik.

Jelasnya, skandal 1Malaysia Development Bhd menyebabkan keyakinan dan kepercayaan terhadap kerajaan terjejas walaupun ia sudah dibawa ke mahkamah.

“Kita perlu bina semula keyakinan di samping memastikan keadilan ditegakkan. Sementara ini berlaku, kerajaan juga perlu membetulkan sistem dan menjana pertumbuhan ekonomi,” kata Rafidah. – 7 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.            


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen