PEMIMPIN Korea Utara Kim Jong Un berkata pelancaran peluru berpandu terbaru negaranya adalah amaran kepada Washington dan Seoul kerana permainan perang mereka, lapor agensi berita negara itu KCNA hari ini, ketika ketegangan makin memuncak di Semenanjung Korea.
Pelancaran terbaru peluru berpandu Korea Utara itu berlaku selepas tentera Korea Selatan dan AS memulakan latihan ketenteraan berkomputer pada Isnin untuk menguji kemampuan Seoul mengendalikan bilik perang.
Latihan itu berlaku walaupun Pyongyang memberi amaran ia boleh menjejaskan rundingan nuklear antara AS dan Korea Utara.
KCNA berkata Kim menonton pelancaran itu pada pagi Selasa, yang mengesahkan “kemampuang perang peluru berpandu jenis taktikal baharu itu”.
Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu “yang diandaikan jarak dekat” ke dalam laut, kata Ketua Kakitangan Selatan sebelum ini.
Ujian senjata itu adalah peluru berpandu keempat dilancarkan dalam tempoh kurang dua minggu, dan Korea Utara mengancam berbuat lebih banyak.
Pyongyang sering kali marah setiap kali latihan ketenteraan berlaku antara Korea Selatan dan AS, menganggapnya latihan penaklukan, tetapi pada masa dahulu mengelak melancarkan ujian peluru berpandu ketika latihan berlangsung. – AFP, 7 Ogos, 2019.
Komen