Romania cadang kenakan cukai minuman bergula


Romania akan mengikut langkah negara Eropah lain seperti Perancis untuk mengenakan cukai ke atas minuman manis bagi menangani masalah obesiti. – Gambar AFP, 6 Ogos, 2019.

ROMANIA akan mengikut langkah negara Eropah lain seperti Perancis untuk mengenakan cukai ke atas minuman bergula bagi menangani masalah obesiti.

“Cukai ini tujuannya untuk mengurangkan pengambilan (minuman manis) di samping meningkatkan hasil kerajaan yang boleh disalurkan kepada kesihatan dan pendidikan.

“Masalah obesiti di Kesatuan Eropah sangat membebankan sistem kesihatan,” kata Kementerian Kewangan Romania dalam satu kenyataana hari ini.

Cukai baharu itu akan meningkatkan hasil 66 juta euro (AS$74 juta) sepanjang 2019 dan akan menjadi sebahagian daripada kajian belanjawan. 

Kerajaan sayap kiri negara itu cuba untuk menetapkan defisit awam berada pada 2.76 peratus tahun ini.

Cadangan cukai baharu itu dipersendakan pembangkang yang berkata usul sama pernah dikemukakan oleh parti USR pada April tetapi ditolak.

Persatuan pengilang minuman ringan mengutuk cukai yang disifatkan sebagai diskriminasi dan menjejaskan sektor yang menawarkan 60,000 peluang pekerjaan.

Menurut firma perunding KeysFin, industri minuman ringan Romania bernilai kira-kira 1.2 bilion euro. – AFP, 6 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen