SEORANG remaja hari ini didakwa atas kesalahan cubaan membunuh selepas mencampak kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dari tingkat 10 di galeri seni Tate Modern di London Ahad lalu, kata polis.
Kanak-kanak itu jatuh di atas bumbung tingkat lima dan dibawa ke hospital menggunakan helikopter.
Remaja lelaki berusia 17 tahun itu ditahan di tempat kejadian.
Mangsa warga Perancis itu kini dirawat di hospital dan keadaannya dilaporkan stabil.
“Kanak-kanak itu kini dalam keadaan stabil,” kata polis dalam satu kenyataan sambil merayu saksi yang melihat kejadian tampil memberikan maklumat.
Tate Modern, galeri seni yang terletak di tepi Sungai Thames itu merupakan tarikan pelancongan terkenal di Britain. Ia dikosongkan selepas kejadian tetapi dibuka semula semalam. – AFP, 6 Ogos, 2019.
Komen