PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah menandatangani satu perintah eksekutif bagi menyekat harta milik kerajaan Venezuela yang berada dalam bidang kuasa AS, termasuk aset bank pusat negara itu dan syarikat minyak PDVSA (Petroleum Venezuela), lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih.
Perintah itu menekankan bahawa sekatan akan dikenakan, antara lain, ke atas syarikat minyak PDVSA dan Bank Pusat Venezuela.
“Perintah ini berkuat kuasa pukul 9 pagi (1300 GMT) pada 5 Ogos 2019,” menurut perintah eksekutif itu. – Bernama, 6 Ogos, 2019.
Komen