KEMENTERIAN Perdagangan China pada Isnin mengesahkan bahwa syarikat-syarikat China telah berhenti membeli produk pertanian Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif baharu, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan kementerian itu.
Langkah itu dibuat selepas Trump mengancam untuk mengenakan tarif sebanyak 10 peratus ke atas import China bernilai AS$300 bilion mulai 1 September.
“Ini adalah satu pencabulan serius terhadap mesyuarat antara ketua-ketua negara China dan Amerika Syarikat,” menurut kenyataan kementerian itu.
Ia turut menyatakan bahawa ia tidak akan “menolak” tarif ke atas produk pertanian AS yang baharu dibeli selepas 3 Ogos.
Duti import baharu sebanyak 10% akan ditambah kepada tarif 25% yang telah dikenakan AS ke atas produk China bernilai AS$250 bilion.
Perang perdagangan yang edang berlaku antara dua ekonomi utama dunia telah menyebabkan kejutan di pasaran global manakala perjanjian perdagangan masih sukar dicapai. – AFP, 6 Ogos, 2019.
Komen