Delegasi AS bakal berkunjung ke Israel, Tebing Barat


Delegasi dari Amerika Syarikat akan bertemu Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. – Gambar EPA, 6 Ogos, 2019.

SATU delegasi Amerika Syarikat (AS) bakal berkunjung ke Israel dan Tebing Barat bulan ini untuk mengetahui lebih lanjut isu-isu yang kritikal terhadap hubungan AS-Israel serta keselamatan antarabangsa, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan seorang ahli kongres pada Isnin.

“Saya gembira menyertai 41 rakan saya untuk melakukan perjalanan ke Israel bagi mengesahkan sokongan kami kepada sekutu penting AS dan terus belajar mengenai peluang serta cabaran yang dihadapi Israel dan Timur Tengah,” kata Steny Hoyer, pemimpin majoriti Dewan Perwakilan menerusi akaun Twitter.

Hoyer dan ahli Demokrat lain akan berkunjung ke Israel pada 5 hingga 11 Ogos, menurut kenyataan yang dikeluarkan Dewan Perwakilan.

Delegasi itu akan bertemu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas. – Bernama, 6 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen