LANGSUNG: SRC International ada 'unsur autokratik', kata bekas menteri kewangan II


Bede Hong Timothy Achariam

Bekas menteri kewangan II Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (kanan) berkata beliau sukar dapatkan maklumat daripada pegawai-pegawai SRC International terutamanya Nik Faisal Ariff Kamil. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 Ogos, 2019.

SAKSI ke-54 pihak pendakwa, bekas pengurus perhubungan AmBank, Joanna Yu kembali memberi kesaksian untuk kali terakhir hari ini dalam perbicaraan SRC International melibatkan Najib Razak yang masuk hari ke-49.

Beliau akan disoal balas berhubung penutupan akaun bank Najib pada awal 2015 dan tindakan Low Taek Jho selepas skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berbongkar.

Semalam, beliau memberitahu mahkamah Low memberitahunya Najib tidak mahu menutup akaunnya dengan AmBank selepas Yu memberi amaran kepada ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu yang mereka memberi amaran berhubung pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, tiga akaun Najib yang digit berakhir 880, 906, 898, akhirnya ditutup pada 9 Mac 2015. Najib juga membatalkan dua kad kredit pada bulan yang sama.

Mahkamah mendengar Low merupakan perancang di sebalik aliran keluar berjumlah RM32 juta daripada akaun bank Najib pada akhir 2014 sebagai sebahagian daripada usaha yang didakwa untuk “zero-rise” pemindahan dari Putra Perdana Construction sebelum akhir tahun kewangan.

Low meminta Yu menyediakan surat arahan untuk membalikkan pemindahan RM27 juta dari Permai Binaraya ke akaun Najib yang berakhir dengan 880, dan RM5 juta dari Putra Perdana Construction ke akaun yang berakhir 906.

Yu bersetuju dengan cadangan pihak pembela yang salinan surat arahan dihantar oleh Low mungkin mengandungi tanda tangan Najib yang dipalsukan.

Yu bersetuju Low tidak jujur ​​dan menipu pada masa tertentu, termasuk semasa Low memintanya berbohong mengenai pemindahan RM27 juta dana SRC International, yang diberi nama kod “Eagle 27”, ke dalam akaun Najib.

Yu diberitahu agar meletakkan tujuan pemindahan sebagai derma daripada kerabat diraja sedangkan sebenarnya wang itu adalah daripada SRC International.

Yu secara konsisten bertegas tidak menjalankan urus niaga haram di bawah arahan Low atau bekas ketua pegawai eksekutif  SRC International Nik Nikisal Ariff Kamil.

Pertuduhan terhadap Najib dikaitkan dengan pinjaman RM4 bilion yang dikeluarkan kepada SRC International pada 2011 dan 2012, yang mana beliau dituduh menerima RM42 juta dalam akaunnya pada 2014 dan 2015.

Beliau didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pengubahan wang haram dan satu penyalahgunaan kuasa.

Bekas perdana menteri itu diwakili oleh sekumpulan peguam yang diketuai oleh Muhammad Shafee Abdullah. Peguam Negara Tommy Thomas mengetuai pendakwaan manakala Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengetuai perbicaraan.

The Malaysian Insight membawa anda prosiding hari ini secara langsung:

3.25pm: “Dalam kenyataannya, saksi berkata tindakannya adalah kerana terpaksa. Berdasarkan kenyataan saksi, ada beberapa perkara yang kami akan bangkitkan. Maksimum dua jam. Tetapi dengan penambahan oleh saksi kepada dokumen yang dikemukakan, ia akan jadi lebih lama. Saya tak rasa semua orang pernah mendengarnya (kenyataan pada dokumen).

“Kami terkejut. Dan perlu sedikit masa lagi untuk buat persediaan. Kami semakin hampir dengan penutupan kes pendakwaan,” kat Shafee.

Sithambaram berkata saksi terakhir, seorang pegawai penyiasat SPRM, belum bersedia untuk beri keterangan dan dijangka akan beri keterangan paling awal petang esok.

Shafee kemudian berhujah, “musuh paling utama bagi keadilan adalah masa” dan katanya ini akan memendekkan masa sesi pemeriksaan balas saksi pihak pembelaan.

Hakim Nazlan menangguhkan perbicaraan kepada Khamis, jam 9 pagi.

Esok pasukan pembelaan akan berada di Mahkamah Persekutuan bagi menghadiri perbicaraan mencabar Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa kes 1MDB.

3.17pm: Shafee berhujah bahawa Husni jauh menyimpang dari kenyataan saksinya.

Peguam itu menyifatkan keterangan Husni “sama seperti orang yang sedang marah” dan berkata beliau perlu berbincang dengan Najib mengenai cara pemeriksaan balas akan dijalankan.’

Shafee memohon perbicaraan hari ini ditangguhkan supaya pasukan pembelaan boleh bersiap-sedia dengan pemeriksaan balas mereka.

Ini dijawab Sithambaram: “Saya akui keterangan saksi agak panjang (dari kenyataan). Saya katakan bahawa mereka tidak terkejut berdasarkan kepada dokumen sebelum ini. Kami tidak mengejutkan mereka.”

Shafee berkata pihak pembelaan bukan tidak setuju dengan dokumen yang dikemukakan tetapi “penambahan” kepada keterangan oleh saksi.

3.10pm: Merujuk kepada SRC International, Husni beritahu mahkamah tiada syarikat lain di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) di mana tiada lembaga pengarah.

Menurutnya, itu sebabnya Mohd Isa dari MKD dilantik ke dalam lembaga pengarah SRC International.

Husni kemudiannya diminta untuk mengenal pasti Najib.

“Ya, saya kenal dia. Dia selalu senyum,” kata Husni. Najib terus tersenyum.

Sesi pemeriksaan balas oleh pasukan pembelaan tamat.

3.02pm: “Budaya SRC International dan 1MDB jauh berbeza dengan budaya kerja yang saya biasa,” kata Husni.

Tambahnya, tiada mesyuarat antara para eksekutif SRC International dan 1MDB sebelum kedua-dua entiti itu ditubuhkan pada 2009 dan 2011.

Shafee membantah, berkata soalan pihak pendakwa keluar dari tajuk.

“Saya rasa ini sudah jauh keluar dari SRC International. Saya rasa saksi tak perlu jawab mana-mana yang tidak relevan,” kata Shafee.

2.55pm: Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff minta saksi rujuk dokumen keterangan iaitu sepucuk surat kepada Nor Mohamed bin Yakcop, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab di Unit Perancang Ekonomi.

Husni berkata surat itu aduan mengenai kesukaran beliau mendapatkan maklumat daripada pegawai-pegawai SRC International, terutamanya Nik Faisal Ariff Kamil. 

Husni: Mereka kata “kami lapor pada menteri kewangan”.

Husni berkata tugasnya memerlukan beliau sentiasa bertemu gabenor Bank Negara, pengerusi Bursa Malaysia dan ketua-ketua industri kewangan.

“Tetapi dalam hal ini, saya tak boleh berjumpa pegawai SRC,” kata Husni.

“Mereka cakap, ‘Kami lapor pada menteri kewangan’.”

2.45pm: Husni menyebut mengenai surat yang ditulisnya pada 2019 tetapi dibantah oleh Shafee. Peguam bela Najib itu berkata 1MDB tiada kaitan dengan kes ini, malah pendakwa sebelum ini pernah membantah soalan pasukan pembelaan berkaitan 1MDB.

Nazlan membenarkan soalan diteruskan selepas pendakwa menegaskan soalan hanya berkenaan latar belakang.

Husni berkata beliau menyuarakan kebimbangan termasuk berkenaan pinjaman RM2 bilion dari Dana Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kepada SRC International yang diluluskan pada 2011.

Husni: Ada unsur kepimpinan autokratik dalam SRC International, baik perniagaan dan arahan.

Beliau berkata kajian kebolehlaksanaan di Kementerian Kewangan sepatutnya dijalankan sebelum entiti seperti SRC International ditubuhkan.

2.35pm: Husni menjelaskan tugasknya sebagai menteri kewangan II termasuklah mengurus dan menyediakan perbelanjaan belanjawan mengikut arahan Najib yang merupakan perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu.

Husni berkata beliau menemui Najib pada 2009 dan memaklumkan yang satu kajian kebolehlaksanaan perlu dijalankan sebelum 1MDB dibentuk. Kajian ini kata Husni biasanya mengambil masa 10 tahun.

Najib jawab: “Saya tahu apa yang saya buat”, kata Husni.

Husni juga beritahu mahkamah beliau membantah usahasama antara 1MDB dengan PetroSaudi. Pada 2009 beliau beritahu Najib 1MDB tiada kepakaran dalam usahasama untuk usahasama itu.

Husni berkata Najib beritahunya, “Kamu balik, saya tak mahu kamu masuk campur urusan 1MDB.”

2.30pm: Husni yang kini sudah bersara memberitahu mahkamah Najib melantiknya pada 2009 dan meletak jawatan pada 27 Jun 2016.

2.25pm: Prosiding bersambung. Saksi seterusnya adalah bekas menteri kewangan II Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

12.16pm: Sithambaram meminta perbicaraan dihentikan awal untuk makan tengahari dan disambung semula jam 2 petang dengan saksi seterusnya. Mahkamah ditangguhkan.

12.14pm: Sithambaram merujuk kepada log perbualan apabila Jho Low merujuk kepada Najib sebagai “OP”. Yu berkata OP bermaksud “Optimus Prime”, sebagai nama panggilan untuk Najib. Sithambaram menamatkan soal balasnya dan Yu dilepaskan dari kandang saksi.

12.10pm: Yu berkata Nik Faisal tidak dibenarkan mengambil sebarang wang daripada akaun Najib.

12.09pm: Sithambaram meneruskan soal balas selepas berehat sebentar.

11.44am: Sithambaram: Bolehkah anda 100% mengesahkan ketepatan cek ini. Bolehkah anda mengesahkan tarikh dan masa?

Yu: Saya tidak boleh mengatakannya.

Sithambaram: Adakah anda tahu di mana pihak pembela mendapat cek ini?

Yu: Saya tidak menyedarinya.

Yu mengatakan tidak tahu bila cek dibuat atau di mana ia datang.

Bekas pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu akan disoal balas pihak pasukan peguambela dalam perbicaraan kes SRC International melibatkan Najib Razak yang masuk hari ke-49, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 Ogos, 2019.

11.40am: Sithambaram menyemak perbualan antara Yu dan Low ketika beliau mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Low. Yu berkata hari jadi Low pada November.

11.34am: Sithambaram: Ia membingungkan saya yang anda mempunyai peranan sebegini dalam semua akaun ini.

Yu: Saya berada di sana ketika akaun ini dibuka.

11.33am: Sithambaram: Adakah anda sedar Nik Faisal dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif SRC International oleh Najib?

Yu: Saya tidak tahu. Saya tidak menyedarinya.

11.29am: Sithambaram: Adalah perkara biasa menyediakan surat draf untuk pelanggan?

Yu: Kami membantu pelanggan apabila mereka mahu membeli barangan.

Sithambaram: Saya perlu bertanya, apakah Nik Faisal boleh membaca dan menulis?

Yu: Ya.

11.28am: Sithambaram: Jika Jho Low tidak membantu memindahkan tunai ke dalam akaunnya, adakah cek yang dikeluarkan oleh Najib akan diluluskan?

Yu: Tidak, sesetengah daripadanya akan ditolak.

Sithambaram: Terdapat beberapa soalan yang ditanya kepada anda agar memastikan cek tidak ditendang.

Yu: Terdapat beberapa permintaan.

Sithambaram: Siapakah yang selalu mengingatkan anda yang cek Najib tidak boleh ditendang?

Yu: Jho Low dan Nik Faisal.

Sithambaram: Mengapa anda menerima arahan Jho Low untuk memastikan cek Najib tidak ditendang? Adakah anda menyedari ia adalah jenayah yang serius.

Yu: Beliau adalah perdana menteri Malaysia, ia menjejaskan imej jika ceknya ditendang, ia tidak bagus.

Sithambaram: Adakah peranan anda untuk menguruskan hal ini?

Yu: Tidak, kami sebenarnya tidak dapat melakukan apa-apa dan membiarkan cek ditendang.

11.24am: Sithambaram bertanya sama ada Najib pernah bertanya atau mengadu mengenai pengurusan akaun itu?

Joanna berkata tidak. Beliau berkata Najib tidak bertindak menyaman bank itu apabila akaun ditutup.

11.22am: Yu mengatakan tidak pernah menerima arahan lisan daripada Najib berhubung mana-mana akaunnya.

11.18am: Mereka kini menyemak penggunaan Najib sebanyak AS$130,000 di Honolulu, Hawaii.

Yu bersetuju Najib menggunakan kad kreditnya untuk transaksi itu.

11.17am: Yu berkata menurut pengetahuannya “MNR” bermaksud Najib Razak.

11.09am: Sithambaram bertanya Yu mengapa beliau menghubungi Low ketika Najib menggunakan RM3 juta melalui kad kreditnya di Itali.

Beliau berkata jabatan kad kredit memaklumkan kepadanya kad itu melakukan transaksi dalam 24 urus niaga di Itali, dan Yu menulis mesej kepada Low untuk mengesahkan sama ada Najib menggunakan kad itu. Yu berkata beliau bimbang orang lain mungkin menggunakan kadnya.

Yu berkata, menganggap kad Najib digunakan secara salah di Itali, dan inilah sebabnya beliau menulis mesej kepada Low untuk mengesahkannya.

11.06am: Sithambaram: Sekarang saya akan kembali kepada perbualan di Blackberry. Semasa soal balas, perbualan anda menunjukkan Najib tahu  Jho Low berkomunikasi dengan bank berkenaan akaunnya. Dalam salah satu perbualan anda, Jho Low memberitahu anda “Bos berkata beliau menulis cek besar”.

Bos yang dimaksudkan adalah Najib.

Yu bersetuju.

11.02am: Sithambaram: Sekarang kita pergi kepada Nik Faisal. Adakah beliau memindahkan wang daripada akaunnya sendiri?

Yu: Tidak. Beliau tidak melakukannya.

Sithambaram: Adakah anda secara peribadi menggunakan mana-mana dana dalam akaun untuk faedah anda?

Yu: Tidak, saya tidak melakukannya.

Sithambaram: Pernahkah pemegang akaun pernah bertanya atau menulis kepada bank, yang beliau mempunyai RM200 juta dalam akaunnya tetapi membelanjakan RM395 juta?

Yu: Tidak.

Sithambaram: Mengikut fakta, adakah mungkin bagi seseorang tidak mengetahui terdapat RM395 juta dalam akaunnya.

Yu: Jika beliau menulis cek, beliau seharusnya wang itu ada.

10.58am: Sithambaram: Adakah diketahui yang mana-mana cek dikeluarkan oleh Najib bukan dikeluarkan olehnya?

Yu: Tidak, saya tidak fikir begitu.

Sithambaram: Adakah terdapat bukti Jho Low menggunakan wang itu daripada akaun Najib. Adakah sebarang pemeriksaan dibuat terhadap Jho Low?

Yu: Tidak.

10.57am: Yu berkata Najib tidak boleh menggunakan dana tanpa mengetahui ada wang dalam akaun itu.

10.56am: Yu berkata pemegang akaun akan tahu jika ada wang masuk dan keluar. Beliau juga bersetuju Najib menulis cek dan terdapat debit secara automatik ke dalam akaun.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan Sithambaram yang Najib dan Jho Low tahu mengenai wang itu.

10.54am: Sithambaram sebelum ini mengatakan bahawa ini adalah akaun dia bersedia untuk berjalan saksi melalui mereka. Harvinderjit memberitahu hakim Nazlan bahawa akaun mereka salah, tetapi Sithambaram memotongnya dan memberitahu dia untuk membuat penyerahan kemudian.

10.50am: Sithambaram: Jika saya bertanya kepada anda jumlah semua kredit ke akaun Najib dan semua debit dari akaun ini. Saya maksudkan tiga akaun semasa yang dibuka dan ditutup pada 2013 hingga 2015.

Bagi akaun “898” jumlah kredit ialah RM109 juta terdapat debit sebanyak RM109 juta juga. RM205 juta didebitkan dan dikreditkan ke akaun yang berakhir pada “906”.

Untuk akaun “808” terdapat kira-kira RM292 juta. Terdapat kumulatif sebanyak RM600 juta dalam akaunnya.

Yu bersetuju dengan kesemua akaun ini.

10.43am: Sithambaram berkata peguambela menyatakan kepadanya Najib tidak menyedari RM42 juta dalam akaunnya.

Sithambaram: Anda ingat ini?

Yu: Ya, saya ingat.

10.42am: Ketika ditanya oleh Sithambaram, Yu mengatakan tiada percanggahan antara kenyataan kesaksiannya sebelum ini dan yang digunakan di mahkamah minggu lepas.

10.40am: Sithambaram bertanya sama ada terdapat perjanjian agar tidak membuat sebarang pendedahan ditandatangani antara Yu dan bank sebelum kes itu dibawa ke mahkamah.

Yu berkata, ya.

10.37am: Sithambaram menyoal balas saksi selepas peguambela selesai dengannya.

Sithambaram: Anda ingat pada sesi soal balas, mereka bertanya sama ada bank meminta anda berhenti. Tanpa menyentuh penyelesaian anda dengan bank, kami akan menyentuh mengenainya.

10.35am: Yu mengatakan beliau tidak dapat ingat jika menerima sebarang pertanyaan daripada Bank Negara mengenai akaun sebelum serbuan pada Julai 2015.

Shafee: Jika Bank Negara bertanya tentang akaun, anda akan tahu dan sepatutnya tahu.

Yu: Ya, jika mereka melakukannya, Ya, saya akan tahu.

10.33am: Shafee bertanya jika beliau berasa curiga dengan jumlah wang yang masuk ke dalam akaun.

Yu: Ia banyak, dan kami membangkitkannya kepada bahagian pengiriman wang, dan mereka berkata ia semua sudah dilaporkan.

Shafee: Apa maksud mereka telah melaporkannya?

Yu: Mereka (pengiriman wang) melaporkannya kepada Bank Negara, jadi saya membiarkannya sahaja.

10.31am: Yu berkata beliau tidak membangkitkan sebarang isu mengenai pengurusan akaun dengan jabatan pematuhan.

10.24am: Yu mengatakan jika terdapat aduan, ia akan dibawa ke Bank Negara oleh pengurus jabatan pematuhan.

10.21am: Perbicaraan disambung semula.

Shafee meneruskan soal balas. Yu mengatakan jika terdapat aduan mengenai sebarang akaun, ia akan dibawa kepada jabatan pematuhan.

9.52am: Peguam beli meminta berhenti rehat 15 minit untuk memastikan dokumen tersusun bagi soal balas terakhir dengan Yu. Sithambaram juga memberitahu hakim beliau memerlukan masa untuk mengatur dokumen untuk soal balas saksi itu.

9.44am: Harvinderjit mohon menyerahkan dokumen dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai bahan bukti dalam perbicaraan itu.

9.35am: Yu berkata beliau tidak tahu adakah Low tidak jujur atau menyembunyikan beberapa fakta daripadanya.

9.34am: Pendakwa raya V. Sithambaram berkata Harvinderjit mendesak saksi. Katanya, Harvinderjit menakut-nakutkan.

9.33am: Harvinderjit bertanya saksi adakah Low Taek Jho tidak jujur dalam transaksi itu dan adakah beliau cuba melindungi Low.

Harvinderjit: Adakah anda cuba menutup perkara ini untuk Jho Low? Ada anda berhubung dengannya?

Yu: Tidak.

Harvinderjit: Jadi kenapa anda mahu melindungi dia?

Yu ditanya soalan itu kerana terdahulu beliau teragak-agak untuk menjawab ketika ditanya adakah Low seorang penipu.

9.29am: Harvinderjit bertanya soalan dengan memberi contoh di mana auto debit untuk kad tidak menerusi akaun “880” kerana wang tidak mencukupi.

9.27am: Arahan untuk penyata kad kredit itu ialah untuk auto debit daripada akaun semasa “694”. Pada Ogos 2014, arahan itu diubah kepada auto debit daripada akaun “880”.

9.25am: Harvinderjit bertanya beliau mengenai dua kad kredit platinum di bawah nama Najib Razak.

9.16am: Mahkamah dimulakan dengan Harvinderjit meneruskan soal balas terhadap bekas pengurus perhubungan AmBank, Joanna Yu.

8.58am: Najib tiba di mahkamah bersama pembantunya dengan berpakaian hitam. – 6 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen