Jumlah mangsa maut insiden tembakan Texas cecah 22 orang


Anggota keselamatan di lokasi kejadian tembakan di El Paso, Texas pada 3 Ogos apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di pasaraya Walmart yang dipenuhi kira-kira 3,000 pelanggan. – Gambar AFP, 6 Ogos, 2019.

JUMLAH kematian akibat tembakan besar-besaran di El Paso, Texas, meningkat kepada 22 orang selepas dua lagi mangsa meninggal dunia di hospital pada Isnin, kata polis.

Salah seorang mangsa “meninggal dunia awal pagi ini di hospital” manakala yang kedua meninggal sejurus selepas pukul 10 pagi, umum jabatan polis bandar di Twitter. – AFP, 6 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen