Isu tulisan jawi mampu jejaskan Pakatan pada PRU15


Sheridan Mahavera

Khat merupakan seni kaligrafi Islam yang menggunakan tulisan Arab yang mempunyai keindahan, simbol dan maksud tersendiri. – Gambar YouTube, 6 Ogos, 2019.

PAKATAN Harapan (PH) tidak akan keluar daripada kontroversi khat tanpa tercalar kerana cara kerajaan mengendalikan isu itu memberi tanggapan buruk di kalangan orang bukan Islam yang merupakan penyokong utamanya, kata penganalisis politik.

PH tidak boleh membuat pusingan “U” mengenai dasar ini kerana ia akan kehilangan lebih banyak sokongan di kalangan orang Melayu-Islam, kata mereka.

Bagaimanapun apa sahaja tindakan kerajaan, kekecewaan yang ditimbulkan oleh isu itu akan terus dibawa hingga ke pilihan raya akan datang, kata ahli sains politik Dr Wong Chin Huat.

“Walaupun beberapa langkah sudah dilakukan untuk menenangkan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah vernakular,” katanya.

Ahli sains politik dari Universiti Malaya, Dr Awang Azman Awang Pawi berkata kebalikan dasar sekarang akan memberikan bukti kukuh kepada pengkritiknya yang gabungan pemerintah PH dipimpin oleh DAP, yang anggotanya menentang tindakan itu.

Dan paling terjejas adalah DAP, kata Prof James Chin daripada University of Tasmania (UTAS).

DAP yang terdiri daripada golongan pendidik dan ibu bapa daripada kaum Cina dan Tamil, menentang kemasukan seksyen berkenaan khat dalam buku teks.

Bangkangan terhadap khat disebabkan syak wasangka mendalam yang Menteri Pendidikan Mazlee Malik cuba menyebarkan Islam kepada bukan Islam dengan memperkenalkan skrip yang berkait rapat dengan agama umat Islam.

“Terdapat banyak kecurigaan yang Dr Mazlee dan Kementerian Pendidikan cuba mengislamkan murid sekolah,” kata Chin, yang mengendalikan Institut Asia UTAS.

“DAP kini terperangkap dalam senario MCA,” kata Chin merujuk kepada parti Cina yang menjadi bekas sekutu pembangkang Barisan Nasional (BN), yang mendapat sokongan padu daripada masyarakat sejak Merdeka.

Salah satu sebab utama pengundi Cina mula meninggalkan MCA sejak pilihan raya 2008 kerana berasa ia tidak bertegas terhadap Umno yang merupakan parti nasionalis Melayu, kata Chin.

“DAP pernah menyalahkan MCA kerana tidak bertegas dengan Umno kerana Islamisasi dan kini DAP menghadapi tuduhan yang sama,” kata Chin.

“Isu ini sekarang dipolitikkan sehingga saya ragu ia boleh dikompromikan.”

Bermula tahun depan, murid tahun empat di semua sekolah vernakular akan mendapat buku teks Bahasa Melayu dengan enam muka surat yang akan memperkenalkan mereka kepada “khat” atau kaligrafi Islam.

Pelajaran ini ringkas dan mengandungi latihan bagi hanya lima perkataan dan istilah yang mesti ditulis dalam huruf jawi atau Arab yang digunakan selama berabad-abad sebagai skrip menulis untuk bahasa Melayu.

Murid tidak akan diuji sama ada mereka menguasai pelajaran tetapi ia menimbulkan protes daripada pentadbir sekolah vernakular dan ibu bapa.

Syak wasangka ia adalah satu bentuk pengislaman manakala pakar menunjukkan yang jawi adalah tulisan skrip neutral agama. – 6 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen