DAP akan cari penyelesaian isu khat


Chan Kok Leong

DAP akan terus bekerjasama dengan kerajaan untuk mencari penyelesaian yang dapat memuaskan hati semua pihak mengenai isu khat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Ogos, 2019.

DAP akan terus bekerjasama dengan kerajaan untuk mencari penyelesaian yang dapat memuaskan hati semua pihak mengenai isu khat, kata sumber kepada The Malaysian Insight.

“Salah satu daripada pilihan itu adalah untuk melihat sama ada guru dapat memberi cara bagaimana mengajar mata pelajaran berkenaan,” kata sumber itu selepas empat jam setengah menghadiri mesyuarat di ibu pejabat DAP malam tadi.

Beliau berkata subjek itu menarik minat penyokong institusi pendidikan vernakular dan parti itu mahu mencari jalan penyelesaian yang dapat memuaskan hati semua orang. 

“Tetapi parti itu berdepan tekanan daripada beberapa NGO,” kata sumber berkenaan.

Sementara itu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu pemberita bahawa parti itu mempunyai “perbincangan terbuka dan jujur” ke atas cadangan pengenalan khat ke dalam silibus sekolah jenis kebangsaan.  

“DAP bersetuju bahawa apa jua keputusan yang dibuat adalah melalui persetujuan. Kami akan bersama-sama menyelesaikan isu ini,” katanya selepas mesyuarat yang berakhir lewat tengah malam tadi.

Beliau berkata jawatankuasa eksekutif pusat mendengar banyak pandangan dan akan mengeluarkan kenyataan pada Selasa. 

Adun Tras Chow Yu Hui pula memberitahu pemberita bahawa ia adalah satu mesyuarat yang dilakukan secara aman.

“Kami memberikan pandangan kami dari akar umbi dan bersetuju membiarkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat membuat keputusan mengenai perkara ini.

“Tunggu kenyataan rasmi esok,” katanya.

Isu itu timbul selepas Menteri Pendidikan Dr MAszlee Malik mengatakan bahawa khat atau Jawi akan diperkenalkan pada murid tahun empat di sekolah jenis kebangsaan tahun hadapan. – 6 Ogos, 2019. 

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen