India buang status khas Kashmir


Tentera India bertugas Jammu ibukota Kashmir hari ini. Wilayah ini dibahagikan antara India dan Pakistan sejak kemerdekaannya pada tahun 1947. – Gambar EPA, 5 Ogos, 2019.

KERAJAAN India hari ini melalui perintah presiden telah membuang status khas untuk Kashmir yang dipertikaikan, beberapa jam selepas mengetatkan keselamatan utama di wilayah itu.

Menteri Dalam Negeri Amit Shah memberitahu Parlimen bahawa presiden telah menandatangani undang-undang memansuhkan Perkara 370 Perlembagaan yang memberikan autonomi khusus kepada rantau Himalaya yang majoritinya penduduk Islam.

Keputusan itu berkuatkuasa serta merta.

Kashmir dibahagikan antara India dan Pakistan sejak kemerdekaannya pada 1947.

Bahagian yang dikuasai oleh India telah berada dalam kekangan pemberontakan selama tiga dekad yang menyebabkan puluhan ribu orang maut. – AFP, 5 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen