SEKURANG-KURANGNYA seramai 16 orang maut manakala 21 lagi cedera dalam insiden silinder oksigen meletup di Kaherah, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik kenyataan jurucakap Kementerian Kesihatan Mesir pada Isnin.
“Enam belas orang maut manakala 21 lagi cedera pada saat ini semasa nahas itu berlaku di Institut Kanser,” kata jurucakap itu.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Mesir, nahas itu adalah disebabkan satu letupan silinder oksigen.
Anggota perkhidmatan kecemasan sedang bertungkus-lumus di lokasi nahas. – Bernama, 5 Ogos, 2019.
Komen