PENUNJUK perasaan pro demokrasi Hong Kong hampir mencipta “situasi sangat bahaya”, kata ketua gerakan itu apabila perjalanan sistem kereta api dan penerbangan antarabangsa di hab kewangan itu huru-hara.
Gerakan bantahan ketika waktu puncak itu merencatkan sektor pengangkutan Hong Kong, menyebabkan suasana tidak tenteram dan keganasan sejak dua bulan lalu berterusan, dengan desakan untuk demokrasi lebih hebat dalam ibu kota yang ditadbir secara semi autonomi.
Dengan penumpang yang tidak dapat ke tempat kerja dan pelancong berdepan kelewatan, ketua eksekutif Carrie Lam mengadakan sidang akhbar dan memberi amaran kepada penunjuk perasaan yang pihak berkuasa tidak akan mengalah dengan tekanan.
“Mereka memandang rendah undang-undang Hong Kong dan ketenteraman awam bandar kita,” kata Lam.
Beliau kemudian merujuk penunjuk perasaan yang mendesak “revolusi”, menyifatkan ia sebagai cabaran kepada rangka kerja “satu negara, dua sistem” di mana Hong Kong ditadbir sejak ia dikembalikan dari British kepada China pada 1997.
“Saya berani kata mereka cuba memusnahkan Hong Kong,” kata Lam.
Lebih 100 penerbangan di lapangan terbang – antara yang tersibuk di dunia – turut dibatalkan pagi ini.
Kebanyakan penerbangan yang terjejas ialah Cathay Pacific.
Syarikat penerbangan itu tidak member sebab pembatalan, tetapi persatuan anak kapalnya mengesahkan sebahagian kakitangannya menyertai protes itu. – AFP, 5 Ogos, 2019.
Komen