SEORANG anggota polis direman selama dua hari selepas melepaskan tembakan di luar kelab malam di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.
Seorang sumber polis memberitahu The Malaysian Insight yang koperal berusia 33 tahun dari stesen Sentul mabuk pada kejadian awal pagi.
Beliau cuba meleraikan pergaduhan dengan teman wanitanya dan beberapa individu lain, kata sumber itu.
“Sekitar pukul 6 pagi Ahad, polis menerima panggilan daripada pengawal keselamatan di kelab malam, memaklumkan mengenai pegawai dan senjata separa automatiknya.
“Beliau berada di kelab malam dengan kawan lelaki dan tiga wanita. Beliau cuba meleraikan pergaduhan dengan teman wanitanya dan pengunjung lain di kelab itu.
Beliau mengeluarkan pistolnya dan melepaskan beberapa tembakan ke udara.
“Pengunjung kelab berlari menyelamatkan diri selepas beliau melepaskan tembakan. Pengawal keselamatan di kelab malam berjaya menenangkan keadaan dan mengambil senjata daripada pegawai yang berada di luar tugas sebelum memanggil polis.”
Tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu.
Polis merampas pistol semi-automatik Sig Sauer yang digunakan, dan menklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 39 (A) Akta Senjata Api.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa mengesahkan anggota itu ditahan reman selama dua hari untuk membantu siasatan. – 5 Ogos, 2019.
Komen