Perbicaraan SRC International ditangguh, peguam rayu tarikh pendengaran kes 1MDB


Bede Hong

Bekas perdana menteri Najib Razak dalam perbicaraan SRC International berdepan tiga tuduhan jenayah pecah amanah, tiga pengubahan wang haram dan satu penyalahgunaan kuasa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Ogos, 2019.

PERBICARAAN kes SRC International Sdn Bhd yang melibatkan Najib Razak ditangguhkan hari ini kerana pihak pendakwa dan penguambela sedang merayu terhadap keputusan hakim untuk memulakan perbicaraan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada 19 Ogos.

Semua peguam berada di Mahkamah Rayuan di Putrajaya, yang memohon keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah mengenai tarikh permulaan pendengaran kes 1MDB. Kedua-dua pihak mahu perbicaraan SRC International diselesaikan terlebih dahulu.

Sequerah pada 18 Julai menolak permohonan pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan 1MDB dan menetapkan 19 Ogos untuk memulakannya.

Bekas perdana menteri Najib dalam perbicaraan SRC International berdepan tiga tuduhan jenayah pecah amanah, tiga pengubahan wang haram dan satu penyalahgunaan kuasa.

Tuduhan tersebut berhubung dengan pinjaman RM4 bilion yang diterimanya daripada agensi kerajaan pada 2011 dan 2012. Perbicaraan bermula pada 3 April, dan akan diteruskan sehingga 15 Ogos.

Dalam tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, pihak pendakwaan dan peguambela memfailkan notis rayuan terhadap tarikh permulaan perbicaraan 1MDB sehari selepas Sequerah membuat keputusan itu.

Pendengaran kes 1MDB dijangka berlangsung sehingga 14 November.

Najib berdepan 25 tuduhan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa lebih RM2.28 bilion terhadap dana 1MDB yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank miliknya antara Februari 2011 dan Disember 2014. – 5 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen