Bendera AS dikibar separuh tiang kenang mangsa insiden tembakan


Bendera AS dikibar separuh tiang selama lima hari sebagai berkabung bagi mangsa insiden tembakan di El Paso, Texas dan Dayton, Ohio. – Gambar AFP, 5 Ogos, 2019.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengarahkan bendera di semua bangunan kerajaan dikibarkan separuh tiang selama lima hari bermula semalam sebagai tanda berkabung, memperingati mangsa dua insiden tembakan rambang besar-besaran di negara itu.

“Negara kita berkabung bersama keluarga mangsa yang dibunuh dalam insiden tembakan tragik di El Paso, Texas dan Dayton, Ohio.

“Kita berkongsi kesakitan dan penderitaan mereka yang cedera dalam dua serangan tanpa perikemanusiaan ini,” katanya dalam pengisytiharan presiden.

Trump mengarahkan bendera AS dikibarkan separuh tiang di White House dan semua bangunan awam sehingga 8 Ogos.

“Sebagai tanpa menghormati mangsa tindakan keganasan ini, saya mengarahkan bendera AS dikibarkan separuh tiang di White House dan bangunan awam serta padang sehingga matahari terbenam 8 Ogos,” katanya. – AFP, 5 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen