BEKALAN elektrik kembali berfungsi di kebanyakan kawasan di Jakarta dan sepanjang pulau Jawa selepas ia terputus semalam, di mana pihak berkuasa PLN berkata ia berlaku susulan gangguan di beberapa loji jana kuasa.
Puluhan juta rakyat terjejas akibat bekalan elektrik terputus itu yang membabitkan banyak bangunan di ibu kota Jakarta – yang mempunyai populasi 30 juta orang itu, hinggakan keadaan gelap gelita, menyebabkan sistem MRT ditutup sementara.
Penumpang MRT selamat dikeluarkan ketika bekalan elektrik terputus, menurut operator sistem itu, di mana tren komuter turut terjejas.
Bekalan elektrik kembali pulih sekitar jam 11 malam waktu tempatan di kebanyakan kawasan di ibu kota, hampir 12 jam selepas gangguan bermula. Walaupun bekalan elektrik sering berlaku sebelum ini di Jakarta, gangguan semalam paling lama.
PLN berkata bekalan elektrik terputus akibat turbin gas di loji jana kuasa utama rosak dan berlaku juga gangguan di loji lain.
Hospital dan di Jakarta dan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta tidak terjejas kerana mempunyai generator, kata pihak berkuasa.
Bekalan elektrik terputus itu menyebabkan gangguan dalam perkhidmatan telefon bimbit dan mesin pengeluaran wang tunai, sementara beberapa bangunan pangsapuri bergelap. – AFP, 5 Ogos, 2019.
Komen