Pemaju Forest City tolak kebimbangan terhadap kawalan modal China


Melati A. Jalil

Pembinaan projek Forest City di wilayah Iskandar kini berjalan dengan lancar. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Oktober, 2017.

PEMAJU Forest City, Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV) menolak kebimbangan mengenai kesan kawalan modal China, dengan mengatakan projek di Selat Johor itu berjalan dengan lancar.

Ketua Pegawai Strategik CGPV Yu Runze berkata selain projek pemasaran perumahan, Forest City juag cuba mencari lebih banyak peluang perniagaan dan mengulangi kenyataan sebelum ini berhubung perjanjian dengan hospital perubatan China dan juga untuk membawa pelabur dalam sektor pelancongan.

“Semuanya dalam keadaan baik, projek berjalan dengan lancar sekarang.

“Selain di China dan Malaysia, kami sedang membuka 10 galeri jualan di seluruh dunia, memfokuskan ASEAN, India dan Timur Tengah. Jadi kami cuba membawa projek ini ke pasaran global,” katanya ketika ditemui pada Sidang Kemuncak Perumahan dan Hartanah Nasional ke 20 di Sunway hari ini.

Selain polisi kawalan modal China, kerajaan turut mengumumkan pada Disember, warganegara China dibenarkan kuota tukaran wang asing sebanyak $50,000, naun mereka perlu menandatangani perjanjian untuk tidak gunakan kuota itu pada pelaburan hartanah luar pesisir.

Mereka yang melanggar perjanjian ini akan disenaraikan dan tidak dibenarkan mengakses tukaran wang asing selama tiga tahun dan akan disiasat di bawah kerana penggubahan wang haram.

Polisi itu dijangka akan mengancam jualan hartanah perumahan di seuruh dunia, terutamanya di wilayah Iskandar yang mana dana China menyumbang kepada 90% pembangunan, menurut laporan.

Yu juga berkata syarikat itu, pemaju dan pengendali Forest City juga mahu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan yang terdiri daripada empat pulau buatan di Selat Johor bertentangan Singapura dan akan menempatkan 700,000 orang setelah ia siap.

“Kami mahu wujudkan peluang pekerjaan di sana, setakat ini kami telah membuat kemajuan yang baik. Dalam syarikat saya contohnya, kami mempunyai kira-kira 600 pekerja dan 75% daripada mereka adalah warga Malaysia.

“Di masa hadapan, dalam tempoh tiga tahun, kami cuba mewujudkan 600 peluang pekerjaan kepada graduan universiti tempatan, jadi kamu dapat lihat kami sedang dalam perkembangan yang baik dan, mereka juga dijangka akan mewujudkan permintaan untuk tempat tinggal juga,” katanya.

Pada Ogos, Yu dilaporkan berkaya lebih 40% perbelanjaan modalnya digunakan untuk membayar syarikat tempatan.

Katanya syariktanya membelanjakan RM4.7 bilion ke atas perkhidmatan konsultansi tempatan, perundangan, dan firma pembinaan, dan juga bahan binaan.

Pemaju dari China itu juga akan membelanjakan RM5 bilion untuk meembina padang gof reka bentuk Jack Nicklaus, sebuah hotel dan peralatan infrastruktur baharu dan sebuah kilang untuk menghasilkan struktur konkrit siap untuk dibina seperti tangga, tiang alang, tiang dan dinding, kata Yu. – 5 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen